Jumaat, 28 Oktober 2011
TAYAMMUM
Salah satu sub-topik yang terdapat dalam ujian amali fardhu ain Peperiksaan Menengah Rendah adalah Tayammum.
Tayammum bermaksud, menyapukan debu ke muka dan kedua tangan sehingga siku menggunakan debu suci dengan beberapa syarat bagi menggantikan wuduk dan mandi.
Kenapa kita bertayammum?
Terdapat dalil dalam Al-Quran mengenai pensyariatan tayammum dalam surah Al - Maidah ayat 6 :-
Ayat di atas menunjukkan Allah S.W.T sangat menitik beratkan kebersihan sehinggakan perkara itu dipermudahkan ketika umatnya berada dalam kesusahan bersuci. Ayat ini juga menerangkan syarat - syarat tayammum iaitu :-
1. Tidak mendapat air.
2. Dalam keadaan sakit. Seorang pesakit ingin mengerjakan solat namun penggunaan air untuk berwuduk mungkin akan memudaratkan keadaan kesihatannya. Maka, tayammum sebagai pengganti air.
3. Tidak ada kemampuan untuk menggunakan air. Sebagai contoh, seseorang tidak berani keluar dari rumah kerana khuatir keaadaan merbahaya dan mengancam jiwanya (dalam peperangan) maka tayammum dibolehkan.
4. Keadaan yang sangat dingin. Ketika itu keadaan yang sangat dingin sehingga mengancam nyawa jika dia menggunakan air dan ia tidak dapat dipanaskan, maka tayammum dibenarkan.
5. Tiada alat utuk mengambil air. Keadaan ketika itu ialah ada sebuah perigi berisi air namun tiada timba yang boleh digunakan untuk mengambil air.
6. Waktu solat hampir habis. Jika dia adalah seorang musafir dan jika dia pergi mencari air, dia akan melewati waktu solat terbabit. Maka dalam keadaan itu dia dibenarkan bertayammum.

Langgan:
Catatan (Atom)