Pages

  • SEKAPUR SIRIH
  • TAYAMMUM
  • SYARAT DAN SUNAT
  • RUKUN
  • CARA TAYAMMUM
  • AMALI TAYAMMUM
  • SOALAN KUIZ
  • NOTA TAMBAHAN
  • SEPINTAS LALU
  • FORUM

Waktu

Tentang Kami

Foto Saya
Guru Harapan
Blog ini dibangunkan oleh Nadiah Mohd Darwis, Safinar Mohamed Sabri, Emmydatul Saida, Nur Shazwani Tajal Ariffin dan Fadzilah Fadzir.
Lihat profil lengkap saya

Kami

Kami
DPLI 2011/2012 Kumplan E

Mari Solat

Halwa Telinga




Gratisan Musik

Blog Archive

  • ▼  2011 (1)
    • ▼  Oktober (1)
      • TAYAMMUM
Dikuasakan oleh Blogger.

Arkib Blog

Kelab Peminat

SYARAT DAN SUNAT

A.    SYARAT - SYARAT TAYAMMUM


Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum dibenarkan bertayammum. Jika, terdapat salah satu darinya tidak menepati, maka tayammum adalah tidak dibenarkan dan wajib mengambil wuduk menggunakan air.

Antara syarat - syaratnya adalah :-

1.    Sudah masuk waktu sembahyang. 

       Tidak seperti berwuduk, tayammum hanya dibenarkan dilakukan selepas masuk waktu sembahyang dimana ketika sudah masuk waktu sembahyang, air tidak ada atau keadaan memudaratkan serta  tidak mengizinkan untuk menggunakan air.

2.    Tidak mendapat air setelah berusaha mencari.

       Ada ketikanya keadaan tempat mahupun situasi menyebabkan kita berasa amat sukar untuk mendapatkan air seperti ketika kita dipadang pasir ataupun bekalan air terputus di mana air yang ada hanya cukup untuk bekalan minuman dan makanan sahaja.

3.    Berhalangan daripada menggunakan air kerana sakit.

       Ada sesetengah situasi kesihatan seseorang itu air tidak sampai ke anggota wuduknya. Seperti contoh, apabila seseorang itu mengalami kecederaan pada tangannya sehingga perlu di 'simen', maka bertayammum adalah dibenarkan kepada keadaannya.

4.    Suci dari najis.

       Sewaktu ingin bertayummum, seseorang itu hendaklah bersih dan suci dari sebarang najis. Ini termasuklah pakaian. Hendaklah ditukar pakaian (yang kotor atau terkena najis) itu sebelum bertayammum.


B.   SUNAT TAYAMMUM

1.    Membaca Bismillahirrahmanirrahim.

2.    Menipiskan debu.

3.    Mendahulukan yang kanan dari yang kiri.

4.    Tertib (mengikut turutan).

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook
Langgan: Catatan (Atom)
@ 2011 PENDIDIKAN ISLAM; Many thanks to: Blogger Templates / blog Design Company / SEO / free template Blog